Sudah lama tidak menulis melalui ruangan ini.
Satu perkongsian yang perlu difikirkan bersama.
Baru-baru ini saya telah berkesempatan melawat Kota Bharu Kelantan. Bila tiba waktu magrib dan azan dilaungkan seorang hamba Allah telah membuat pengumuman menggunakan pembesar suara di persekitaran Medan Selera dan menyeru semua umat Islam menunaikan solat maghrib. Saya rasa kagum dengan suasana ini walaupun saya tidak sertai jemaah di masjid kerana masih musafir dan dapat kemudahan sembahyang jamak.
Peniaga-peniaga di situ telah menutup makanan jualan mereka dengan plastik jernih atau apa saja yang sesuai.
Dalam situasi ini saya tidak pasti sebab utama mereka menutup perniagaan mereka, adakah kerana mereka akan disaman jikaa teruskan perniagaan atau hanya menghormati seruan yang dilaungkan.
Satu kenyataan oleh peniaga wanita bertudung dan menghampiri usia emas bersuara kepada saya dalam loghat kelantan " Demo tu ddekki denge oghang nak nnego, sebok sughuh semaye"
Kenyataan itu memeranjatkan saya dan isteri saya. Apakah nilai seorang Melayu yang dianggap Muslim mengatakan seruan supaya beribadah itu sebagai dengki dan mengganggu perniagaannya.
Saya dan keluarga terus mengangkat kaki dan beredar dari situ dan kelihatan kebanyakkan peniaga hanya menunggu pendakwah itu beredar dan kemungkinan besar mereka akan meneruskan perniagaan mereka tanpa menunaikan ibadah solat. Persoalannya. KENAPA SERUAN PENDAKWAH ITU DIANGGAP SEBAGAI DENGKI
No comments:
Post a Comment